Wednesday, 5 June 2013

Diploma in Business Management @ KPTM Bangi

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Dah lama rasanya jari-jemari ni tak menaip. Kali ni aku bangkit (sambil nyanyi lagu bangkit- dj fuzz ft salam , altimet) untuk meneruskan penceritaan aku yang tidak menarik. haha.. Aku menulis pun sebab aku bosan. Mana yang nak tahu kisah aku teruskanlah menanti dengan sesuatu yang tak pasti .. #Ehh? maaf, merepek dan merapu sebahagian agenda penulisan aku dan juga sebahagian sifat peribadiku.

Baiklah kita terus sahaja ke agenda utama hari ni.

DIPLOMA in BUSINESS MANAGEMENT @ KPTM Bangi

hah, inilah apa yang seterusnya akan aku hadapi untuk 3 tahun dan seterusnya masa hadapan aku. Doakan aku dapat belajar dengan tenang dan berjaya hingga ke akhirnya.

Next, soalan lazim orang ramai.

Kenapa course tu?
Sebab, aku minat nak buka business. Aku nak tolong keluarga aku, orang lain, negara dan bangsa sendiri. Main objective juga sebab aku nak bantu ekonomi orang Melayu (maaf, ini bukan isu perkauman). Bantu mengembang lagi. Mungkin kembang macam bunga di pagi hari atau kembang seperti hidung usop sontorian? mungkin. Semestinya tidak. Kembang ke seluruh pelosok dunia itu lah impian anak muda ini.

Kenapa tempat tu?
Sebab UPU reject application aku. Merajuk.

Business apa nak buka nanti?
HOSPITALITY. Hotel la senang cerita. Sebab aku memang minat dengan dunia 'mewah' (akhirat tidak dilupakan sama sekali).

Okay dude, sampai sini jelah aku nak taip, almaklumlah dah lama tak menaip panjang-panjang, naik lenguh tangan kita..

Salam.
Sekian, Terima kasih

#posting ini hanya lah untuk suka-suka bukan untuk meraih perhatian sesiapa.

Monday, 29 April 2013

My man!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Feeling today : Excited

Teruja tak teruja hari ni sebab buka-buka twitter je (interactions) hambek kau, menjela-jela orang reply tweet aku.. yang reply semua bukannya aku kenal pun. haha. ni semua penangan En. ALTIMET! weehehhe..

Macam ni kisah dia,
Dah lama aku minat si altimet ni, dah follow fb, twitter dia, soundcloud?(belum lagi).. arh, macam-macam la, senang citer, aku boleh kata, aku stalker dia la.. hhahaha.. seram tak? tak de lah, aku stalker pun sebab nak cari lagu dia.. almaklum la, dulu 5 tahun dok asrama mana nak tau dunia luar ni.. sekarang ni ada masa, cari la apa yang patut..

berbalik pada cerita asal,..
Semalam(29.4.2013), petang..
Aku tweet la yg berbunyi : " mne nak rembat lagu No1 pretty ugly ft @altimet ea? " . Ingatkan dia tak perasan, sekali, hambik kau, dia reply.. lepas tu semua yang follow dia mesti la dapat tweet dia kan, hmm, dan disitu lah bermula nya reply-mengreply, retweet-mengretweet..

Kenapa semua orang reply-mengreply, retweet-mengretweet?
Sebabnya, kan aku tweet "mne nak REMBAT..", then si Altimet ni blur (rasenye), die reply "Rembat?". Maybe dia ingat aku nak curi la tu.. haha. berdekah betul..  Tu la padahnya guna bahasa "remaja" dengan orang yang berimaginasi tinggi like si Altimet tu..

Okaylah, kalau aku keep going tulis, bosan pula kan. So aku sertakan la interactions yang aku print screen kan ni. This is a few je lah..



(yang nora danish follow aku tu,  fake account kot, sbb mustahil giler followers die bape belas je #abaikan)


Friday, 26 April 2013

come back!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Alamak, lamanya tak post..act, bkn lama tak post, lama tak jenguk blog ni. Dah naik kelabu aku tgk blog ni.. haha..

Hilang? eh tak ah, saje je malas nak menaip panjang-panjang.. bukan ade orang baca pon. Eh, ada2, cik Aneesa. dia sorg je yg rajin menyetalker saya.. haha.. kidding. btw, tak kisah pun orang nak follow ke idak..kita ni bukan femes bebeno nak difollownye yob.

Nak dijadikan cerita hari ni kenapa tetibe je rajin menaip, hah! sebabnya cik Aneesa ni la, kat twitter dia cakap, dia sedih baca blog ni.. haiyo! tak mau sedih2 laa.. tu luahan perasaan je.. haha. Baiklah hari ni saya nak post sikit je, sbb saya dah terfikir apa nk di postkan utk the next entry..(terfikir je, tak tau terlaksana ke tak).

Okay? sampai sini jelah warkah-warkah terakhir saya untuk hari ni. Semoga berbahagia disamping yang tersayang.

Salam maju jaya.- PiYA